Selasa, 4 September 2018

HUTAN SIMPAN SUNGAI MENYALA, PORT DICKSON DI NEGERI SEMBILAN.



Pengenalan Hutan Simpan Sungai Menyala
Hutan Simpan Sungai Menyala mempunyai keluasan 1,305 hektar dan terletak pada ketinggian 20 meter hingga 40 meter dari aras laut. Struktur geografinya menunjukkan hutan ini merupakan Hutan Dipterokarp Tanah Pamah dan juga merupakan hutan jenis ini yang terluas serta terbesar di Asia Tenggara. Hutan ini sesuai untuk pengkaji, pencinta alam sekitar, pelajar mahupun penuntut universiti akan mendapat banyak ilmu berkaitan kehidupan sama ada melibatkan alam flora dan faunanya ataupun haiwan liar. Selain itu, hampir 15 peratus daripada keluasan sebenar Hutan Simpan Sungai Menyala merupakan kawasan berpaya dan ia membuktikan bahawa hutan simpan ini kaya dengan kepelbagaian biodiversiti flora dan fauna. Lebih unik lagi, Hutan Simpan Sungai Menyala juga merupakan salah satu hutan dara yang masih wujud di Semenanjung Malaysia. Hutan Simpan Dara ialah hutan yang tidak menjalankan apa-apa aktiviti perhutanan seperti pembalakan, penerokaan dan sebagainya. Bagi yang mahu  pelancong yang mahu mengunjungi hutan simpan ini, ia terletak di lokasi yang agak strategik iaitu 29 kilometer dari pusat bandar Seremban atau 4 kilometer dari Sungai Sungkala, Linggi, Port Dickson dan 12 kilometer dari Bandar Port Dickson dan terletak 70 kilometer dari Kuala Lumpur. Konsep pembangunan dan reka bentuk yang dirancang di pusat ini adalah berdasarkan pada gabungan elemen semulajadi, unsur sejarah, nilai pendidikan dan konservasi sumber khazanah hutan tropika yang kompleks. Jadi, tempat ini memang sesuai kepada mereka yang ingin menganjurkan aktiviti berkonsepkan hutan untuk pendidikan dan pemuliharaan. 
Untuk pengetahuan, disini juga terdapat pokok yang terbesar serta tertua di Negeri Sembilan. Pokok terbesar yang bernama Jelutong ini dikatakan telah mencecah usia 200 tahun dan mempunyai ketinggian 50 meter. Manakala pokok tertua yang dikenali sebagai Meranti ini telahpun berusia 300 tahun. Walaupun hutan simpan Sungai Menyala secara perbandingannya adalah kecil sekiranya dibandingkan dengan hutan simpan lain di Malaysia tetapi kawasan hutan simpan kekal ini direkodkan mengandungi 11 spesies pokok hutan yang endemik iaitu spesies yang hanya boleh ditemui di kawasan hutan ini sahaja. Dikatakan hutan ini juga menyimpan enam spesies pokok yang terancam di bawah IUCN (Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi) iaitu Shorea dasyphylla (Meranti Batu), Shorea singkawang (Meranti Sengkawang Merah), Vatica maingayi (Resak Lidi), Dipterocarpus sublamellatus (Keruing Kerut), Anispotera laevis (Mersawa Durian) dan Anispotera magistocarpa (Mersawa Merah). Selain Hutan simpan Sungai Menyala merupakan habitat bagi 15 famili dengan 41 spesies burung di mana 19 spesies burung yang dikategorikan sebagai Spesies Terlindung Sepenuhnya dan dua spesies dikategorikan sebagai spesies burung lain yang dilindungi.

Kemudahan Yang Terdapat Di Hutan Simpan Sungai Menyala
Antara kemudahan yang disedikan untuk pengunjung yang datang ke hutan simpan Sungai Menyala dorm, bilik vip, dewan taklimat, perpustakaan, bilik mesyuarat, dewan terbuka, dewan makan, tempat letak kenderaan,,Surau dan Basikal. Dalam masa yang sama, pengunjung juga berpeluang untuk melawat Galeri Penghuni Belantara yang mempamerkan latar belakang kehidupan orang asli di Malaysia. Bahan perubatan, perhiasan badan, replika rumah dan alat perburuan turut dipamerkan di sini. Tak terkecuali Galeri Perhutanan yang mempamerkan informasi berkaitan hutan simpan ini turut dipamerkan disini.
Aktiviti Yang Dijalankan Di Hutan Simpan Sungai Menyala
Antara aktiviti yang dapat dijalankan di sini ialah Treking,Memerhati Burung, Memerhati Hidupan Liar, Aktiviti Malam,Berbasikal dan berjogging, Penyelidikan, Interpretasi Alam dan Melawat Galeri. Aktiviti yang terdapat di Hutan Simpan Sungai Menyala ini memang sesui untuk pelancong yang meminati aktiviti lasak dan juga sesui untuk pelajar yang ingin menganjurkan perkhemahan di kawasan hutan.

Tarikan Utama Yang Terdapat Di Hutan Simpan Sungai Menyala
Tarikan utama yang terdapat di hutan simpan ini ialah Denai Razani, Denai Warisan Hutan, Denai Pelbagai Guna, Plot Herba, Galeri Orang Asli,Galeri Perhutanan dan Petak Kajian. Ini amat sesui untuk pelancong yang mencintakan alam sekitar. Selain itu, emdapat pengetahuan mengenai tumbuhan, sejarah dan keunikan di tempat tersebut. Ini kerana hutan ini menyimpan sepsis pokok yang terancam dan dijaga dengan untuk dipamerkan kepada para pengunjung yang datang ke hutan simpan ini.





Kepentingan Terhadap Industri Pelancongan
 Memberi Pengetahuan Kepada Pelancong Mengenai Alam Semula Jadi
Dengan adanya tempat pelancongan yang berasaskan alam semulajadi dapat memberi pengetahuan mengenai kehidupan liar dan spesis tumbuhan yang terancam terutamanyan kepada pelajar sekolah. Selain itu,  dengan adanya hutan simpan dapat memudahkan pencarian maklumat mengenai alam semulajadi kerana di Malaysia, masyarakat tertarik untuk melawat ke tempatyang mempunyai sejrah yang banyak dan mempunyai keseronokan.
Menggalakan Masyarakat Untuk Memelihara Hutan Simpan Yang Terdapat Di Malaysia.
      Dengan adanya hutan simpan dapat memberi memgalakkan untuk memelihara hutan simpan untuk dipamerkan di masa hadapan. Selain itu di Malaysia terdapat banyak hutan simpan yang telah diterokai dalam masa yang sama pemusnahan hutan berlaku dengan cara pembalakan, pembakaran hutan dan sebagainya. Dengan menjaga kebersihan hutan juga dapat membantu memelihara keindahan hutan simpan. Ini disebabkan hutan simpan amat jarang ditemui di Malaysia. Akhir sekali, masyarakat perlu didedahkan tentang memelihara alam sekitar untuk kepentingan dalam negara dan kepentingan untuk kehidupan sendiri.
Meningkatkan Kemasukan Pelancong Untuk Datang Ke Negara
Dengan adanya produk pelancongan yang berasaskan alam semulajadi dapat menarik minat pelancong untuk melawat di Malaysia. Ini kerana Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis sepsis tumbuhan yang unik dan juga haiwan liar yang jarag untuk ditemui. Dalam sama yang sama industry pelancongan juga menjadi maju dan akan terjadinya berubahan terhadap industry pelancongan dan juga terhadap eko-pelancongan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, industry pelancongan boleh majukan dengan memperbanyakkan tempatan pelancongan yan baharu dan juga membari perubahan terhadap perkhidmatan pelancongan yang terdapat di Malaysia. Selain itu, mengekalkan kemasukan pelancongan asing dapat memberi pendapat ekonomi yang banyak. Akhir sekali, pihak kerajaan juga perlu memberi peluang untuk masyarakat untuk membina tempat pelancongan yang baharu.
Lampiran


Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson
Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pakej Pelancongan Dari Agensi Pelancongan TRW

Agensi Pelancongan TRW Objektif TRW  Tujuan syarikat ini di tubuhkan untuk menyediakan pakej-akej pelancongan yang menarik serta h...